1.Kemahiran belajar yang harus dikembangkan di kalangan
pelajar untuk
pembelajaran
masteri.
2. Rasional Kemahiran Belajar
Perlu Diperkembangkan:
2.1 Kemahiran belajar merupakan
kemahiran seumr hidup yang perlu dikuasai
oleh
pelajar.
2.2 Pada akhirnya pelajar perlu
belajar atau mengulangkaji dengan sendiri untuk
menguasai apa yang telah diajar
2.3 Oleh yang demikian, pelajar
harus belajar dan menguasai kemahiran
belajar
berikut :
i. Kemahiran dalam proses belajar
ii. Kemahiran menguruskan masa
iii. Kemahiran perpustakaan
iv. Kemahiran memperoleh maklumat
v. Kemahiran membaca
vi. Kemahiran membuat nota
vii. Kemahiran memotivasi
viii. Kemahiran berfikir
ix. Kemahiran mengingat
x. Kemahiran menjawab soalan
peperiksaan
3. Kemahiran-kemahiran
Dalam Proses Belajar Yang Perlu Dikembangkan?
3.1 Pelajar harus tahu dan
mengamalkan langkah belajar berikut semasa belajar:
i. Menerima dan mendaftar data atau
maklumat:
a. Pelajar anda boleh menerima dan
'mendaftar' data atau meklumat di mindanya
dengan membaca, mendengar atau membuat
sesuatu.
b. Pembelajaran lebih berkesan
sekiranya pelajar menggunakan ketiga-tiga
cara itu.
ii. Memahami apa yang diterima:
a. Pelajar harus memahami data atau
maklumat yang diterima kerana
pemahamannya akan membantu proses
meningkat dan proses mengaplikasi
b. Pemahaman bermakna pelajar anda
boleh menerangkan semula data atau
maklumat dan boleh juga berfikir
secara kritis dan kreatif tentang maklumat itu.
iii. Mengingat apa yang telah
dipelajari:
a. Pelajar harus mengingat apa yang
telah dipelajari
b. Kemahiran mengingat akan
dihuraikan di bawah dan pada asasnya prinsip
dalam proses mengingat ialah
ulangan.
iv. Mengaplikasi apa yang telah
diperljari
a. Pelajar anda harus boleh
mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ke
dalam situasi yang baru.
b. Proses mengaplikasi melibatkan
kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif, membuat keputusan,
menyelesaikan masalah dan merancang
3.2 Dalam setiap langkah belajar
tersebut di atas, pelajar harus
i. memberi penuh tumpuan, tekun dan
tabah
ii. memotivasi diri
iii. mempunyai kemahiran
berkomunikasi
iv. berfikir secara kritis dan
kreatif
v. menggunakan kemahiran belajar
lain yang akan dihuraikan di bawah.
3.3 Dalam pembelajaran masteri,
pelajar harus boleh mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan dalam proses belajar
tersebut di atas dan mengambil
langkah-langkah yang sewajarnya
untuk mengatasi kelemahannya.
4. Kemahiran Mengurus Masa Yang Perlu Dikembangkan.
4.1 Pembelajaran masteri bergantung
kepada masa yang diperlukan untuk
belajar dan menguasai sesuatu.
4.2 Pelajar lemah memerlukan lebih
banyak masa untuk menguasai sesuatu
berbanding dengan pelajar cerdas.
4.3 Pelajar harus boleh menyediakan
jadual waktu belajar di rumah.
4.4 Jadual waktu belajar bolehlah
mengandungi waktu untuk belajar setiap mata
pelajaran, rehat, makan, bermain dan
menonton TV.
4.5 Pelajar yang lemah dalam
sesuatu mata pelajaran harus memberi lebih masa
belajar untuk mata pelajaran itu.
4.6 Kemahiran Perpustakaan Yang
Perlu Dikembangkan
5.1 Pelajar di Tahap Dua sekolah
rendah dan ke atas harus diajar kemahiran
perpustakaan.
5.2 Kemahiran perpustakaan akan
membolehkan mereka mencari maklumat yang
dikehendaki di perpustakaan sekolah
atau perpustakaan negeri.
5.3 Kemahiran perpustakaan
melibatkan pengetahuan sistem klasifikasi bahan
rujukan dan peraturan perpustakaan,
kemahiran dalam merujuk melalui kad
katelog atau komputer, dan mendapat
bahan rujukan daripada rak-rak.
5.4 Guru boleh mendapatkan bantuan
guru perpustakaan untuk melatih pelajar anda.
6. Kemahiran Memperoleh Maklumat Yang Perlu Dikembangkan?
6.1 Dalam p&p untuk
pembelajaran masteri, anda harus melatih pelajar menjadi
pelajar berdikari supaya mereka
mahir memperoleh maklumat atau menyelesaikan
sesuatu masalah dengan sendiri.
6.2 Dalam kemahiran memperoleh
maklumat, pelajar harus boleh:
i. menentu atau mempastikan
maklumat yang dikehendaki:
Ini dapat dilakukan dengan berfikir
sendiri, pembelajaran koperatif, sumbang
saran atau bertanya.
ii. mengumpulkan maklumat itu:
Ini dapat dilakukan melalui
kemahiran membaca, bertanya atau menggunakan
multimedia atau internet.
iii. menganalisa, menilai dan
menyusun maklumat iut:
Ini boleh dilakukan secara sendiri,
berpasangan atau berkumpulan.
iv. menyampaikan maklumat itu
secara lisan atau bertulis:
Ini boleh dilakukan secara sendiri,
berpasangan atau berkumpulan.
7. Kemahiran Membaca Yang Perlu Dikembangkan
7.1 Pelajar seharusnya dapat
menguasai kemahiran membaca kerana kemahiran
itu merupakan kemahiran sseumur hidup.
7.2 Kemahiran membaca akan membantu
pelajar memilih maklumat yang
dikehendaki dan mengenal pasti idea
utama atau idea yang penting.
7.3 Pada asasnya, pelajar anda
harus menguasai lima lankah berikut (SQ3R):
i. Skim: Baca sepintas lalu.
Pembacaan secara cepat semua tajuk atau topik
untuk mengetahui tajuk atau topik
yang mungkin mengandungi maklumat yang
dikehendaki.
ii. Question: Menyoal
Untuk mengetahui jenis maklumat
yang dikehendaki.
iii. Read: Membaca
Untuk memahami maklumat yang
terkandung dalam tajuk atau topik yang telah
dipilih dalam buku itu dan
mencatatkan idea utama.
iv. Recite: Menyebut kembali
Kemahiran menyebut kembali idea
utama atau penting yang telah dicatatkan
v. Review: Menyemak
Untuk menyemak idea utama yang
telah dicatatkan supaya dapat memahaminya.
8. Kemahiran Membuat Nota Yang Perlu Dikembangkan
8.1 Selalunya pelajar diminta
menyalin nota yang diberi oleh guru tetapi
mereka tidak diajar bagaimana
membuat nota.
8.2 Guru harus melatih pelajar
dalam kemahiran membuat nota kerana kemahiran
ini merupakan kemahiran seumur
hidup dan penting untuk menguasai sesuatu
maklumat.
8.3 Kemahiran membuat nota
mempastikan pelajar betul-betul memahami sesuatu
maklumat dan ini dapat membantu mereka
membuat ulang kaji dengan cepat serta
mengingat maklumat itu.
8.4 Kemahiran membuat nota haruslah
dibezakan daripada menyalinatau mencatat nota.
8.5 Menyalin nota bermakna pelajar
menyalin semula nota yang diberi oleh
guru, atau yang dibuat oleh pelajar
lain, atau yang terdapat dalam buku,
majalah dan sebagainya.
8.6 Mencatat nota bermakna pelajar
mencatat maklumat ringkas dan penting
yang terdapat dalam ceramah,
syarahan, buku, atau sumber lain.
8.7 Membuat nota bermakna pelajar
membuat nota ringkas sendiri dalam
pelbagai bentuk yang dihuraikan di
bawah.
8.8 Langkah-langkah dalam kemahiran
membuat nota ialah:
i. Memahami maklumat yang didapati
daripada pelbagai sumber.
ii. Memilih idea atau maklumat yang
penting dan menyusunnya.
iii. Menulis atau merekod dalam
komputer idea atau maklumat penting secara
ringkas dalam pelbagai bentuk yang
dikehendaki dan menggunakan pelbagai
warna jika perlu.
8.9 Semasa menulis nota ringkas,
pelajar boleh menggunakan:
i. Perkataan atau frasa yang
penting
ii. Singkatan: Misalnya: dgn =
dengan, spt = seperti, U.K.=United Kingdom
iii. Simbol: Misalnya: * = penting,
ù = jadi
iv. Nemoniks atau akronim:
Misalnya: BaFIA = Baca, Faham, Ingat, Aplikasi
v. Lukisan atau lakaran
8.10 Pelajar boleh menggunakan
mana-mana bentuk berikut untuk membuat nota:
i. Nota objektif: seperti yang
ditulis dalam panduan ini tetapi lebih ringkas
ii. Jadual
iii. Carta aliran
iv. Gambar rajah Venn
v. Peta konsep dalam pelbagai
bentuk seperti kelompok, awan dan kaitan,
pokok dan ranting, tulang ikan, kipas,
dan sotong.
9. Kemahiran Mengingat Yang Perlu Dikembangkan
9.1 Walaupun pelajar sudah memahami
apa yang telah diajar, ini tidak
bermakna mereka boleh ingat untuk
jangka masa panjang.
9.2 Jadi, guru harus menentukan
pelajar mempelajari kemahiran mengingat.
9.3 Pada asasnya, cara untuk
mengingat ialah mengulang kaji: kerap kita
ulangkaji lebih lama ingatan
9.4 Pelajar yang berbeza dalam
kecerdasan memerlukan bilangan ulang kaji
yang berbeza.
9.5 Teknik mengingat yang boleh
digunakan oleh pelajar termasuk:
i. Menyedia dan mengulang kaji peta
konsep atau peta minda:
Berbagai-bagai peta konsep atau
minda telah diterangkan.
ii. Menyedia dan mengulang kaji
carta aliran dan gambar rajah Venn.
iii. Menyedia dan mengulang kaji
singkatan, simbol, nemoniks, lukisan atau
lakaran.
iv. Membuat bayangan atau visual:
a. Membuat bayangan atau visual
dalam minda dengan gambar, gambar rajah,
peta konsep, carta aliran, jadual,
graf, pemandangan atau pergerakan.
b. Mengulang atau mengingat kembali
bayangan atau visual itu dengan lebih kerap.
v. Menyebut berulang kali:
a. Menyebut berulang kali
perkataan, data, fakta atau maklumat akan membantu
ingatan.
b. Mengingat perkataan adalah susah
tetapi boleh dicapai sekiranya bilangan
perkataan dikurangkan kepada
perkataan yang penting sahaja dan juga
digunakandgn teknik lain seperti
peta konsep, bayangan, carta aliran dan
sebagainya.
vi. Menulis atau melakar semula:
a. Menulis atau melakar semula
berulang kali perkataan, data, fakta, peta
konsep, carta aliran dan sebagainya
akan membantu daya mengingat.
b. Pelajar anda perlu dilatih
menulis atau melakar tanpa melihat nota yang
telah disediakan.
vii. melakukan gerakan, kerja
amali, eksperimen:
a. sekiranya pelajar melakukan
sesuatu gerakan, kerja amali atau eksperimen,
ingatan mereka lebih lama.
b. Misalnya, pelajar yang
melakukankerja amali atau eksperimen berkaitan dengan fotosintesis, ingatan
mereka lebih lama
viii. membuat kaitan:
a. membuatan kaitan dengan cepat
dan meluas akan membantu daya mengingat
b. nombor, perkataan, data, fakta
atau meklumat boleh dikaitkan dengan
akronim, nemoniks atau perkataan
berirama, dengan bayangan atau visual
seperti gambar, peta konsep, atau
carta.
c. misalnya, untuk mengingat
kembali proses belajar kita boleh mengaitkannya
dengan akronim 'BaFIA' iaitu baca,
faham, ingat, dan aplikasi.
9.6 Pelajar harus menggunakan
mana-mana teknik mengingat yang tersebut di
atas secara berasingan atau kombinasi.
9.7 Yang penting ialah pelajar
harus mengulang kaji berkali-kali.
10. Kemahiran Menjawab Soalan Pepeperiksaan Yang Perlu
Dikembangkan
10.1 Kemahiran
menjawab soalan peperiksaan adalah penting untuk pelajar anda
mendapat markah
yang lebih tinggi.
10.2 Pelajar harus
mengkaji soalan-soalan peperiksaan awam pada tahun-tahun
yang lepas untuk
mengetahui:
i. Format dan
peraturan bagi peperiksaan mata pelajaran itu termasuk format dan
peraturan menjawab soalan atau mengisi
kertas jawapan.
ii. Bilangan,
bentuk dan susunan soalan-soalan
iii. Masa untuk
peperiksaan mata pelajaran itu.
iv. Fakta, konsep,
kemahrian berfikir dan kemahiran lain yang selalu diuji.
10.3 Pelajar
seharusnya berlatih sepanjang tahun dalam teknik menjawab soalan
peperiksaan supaya mereka tahu bagaimana
serta merasa yakin untuk
menjawab soalan
peperiksaan awam.
10.4 Dalam proses
berlatih:
Pelajari harus
mengetahui cara menjawab soalan peperiksaan dengan
contoh-contoh yang
sesuai.
10.5 Soalan peperiksaan untuk
sesuatu mata pelajaran mungkin berbentuk objektif,
subjektif atau kedua-duanya.
10.6 Dalam menjawab soalan
peperiksaan berbentuk objektif, guru harus
menentukan pelajar boleh:
i. tenangkan hatinya supaya tidak
panik
ii. baca, faham dan ikut arahan
sebelum menjawab soalan-soalan.
iii. tulis atau tandakan
butir-butir yang betul di kertas jawapan
iv. jawab seboleh-bolehnya semua
soalan dalam masa yang diberi
v. hadkan masa untuk menjawab
sesuatu soalan
vi. jawab soalan-soalan yang mudah
dahulu.
vii. baca dan faham sesuatu soalan
sebelum menjawabnya.
viii. pilih jawapan daripada
pilihan beraneka
ix. tandakan jawapan dalam kertas
jawapan dengan cara yang betul
x. semak semua jawapan
10.7 Dalam menjawab soalan
peperiksaan berbentuk subjektif atau esei guru harus menentukan pelajar boleh:
i. tenangkan hatinya supaya tidak panik
ii. baca, faham dan ikut arahan
sebelum menjawab soalan-soalan.
iii. tulis atau tandakan
butir-butir yang betul di kertas jawapan
iv. jawab semua soalan dalam masa
yang diperuntukkan.
v. pilih soalan-soalan yang mudah
dahulu.
vi. jawab soalan-soalan yang mudah
dahulu
vii. hadkan masa untuk menjawab
sesuatu soalan
viii. baca dan faham sesuatu soalan
sebelum menjawabnya
ix. rancang jawapan (3-5 min)
sebelum menjawab.
x. tulis jawapan dengan laju serta
boleh dibaca
xi. semak semua jawapan.
11. Rumusan
11.1 Kemahiran belajar merupakan
kemahiran seumur hidup dan kemahiran itu
adalah penting untuk pelajar
mempelajari dan menguasai sesuatu yang diajar
oleh anda.
11.2 Guru harus melatih pelajar
dalam demahiran belajar berikut:
i. Kemahiran dalam proses belajar:
Ini melibatkan kemahiran membaca,
memahami, mengingat dan mengaplikasi
ii. Kemahiran menguruskan masa:
Kemahiran ini adalah kemahiran
menyediakan jadual waktu belajar.
iii. Kemahiran perpustakaan:
Ini melibatkan kemahiran mencari
maklumat yang dikehendaki.
iv. Kemahiran meperoleh maklumat:
Ini melibatkan kemahiran mengenal
pasti, mengumpul,membuat analisa, dan
menyampaikan maklumat.
v. Kemahiran membaca:
SQ3R (Skim, Question, Read, Recite,
Review): Baca sepintas lalu, menyoal,
membaca, menyebut semula, menyemak.
vi. Kemahiran membuat nota:
Dengan pelbagai cara seperti
perkataan penting,singkatan, simbol,nemoniks,
akronim, lukisan atau lakaran, dan pelbagai
bentuk seperti
objektif,jadual, carta aliran,
gambar rajah Venn, peta konsep atau minda.
vii. Kemiharan memotivasi:
Dengan cara ekstrinsik di mana
pelajar dirangsang oleh anda dengan ganjaran atau
hukumandancara intrinsik di mana pelajar
merangsang diri dengan
ganjaran atau hukum.
viii. Kemahiran mengingat:
Mengulang nota yang telah disediakan
dengan berulang kali, membuat gerakan,
kerja
amali, eksperimen dan dengan membuat
kaitan atau bayangan.
ix. Kemahran menjawab soalan
peperiksaan berbentuk objektif dan subjektif.
TEKNIK BELAJAR CARA
SISTEM PQRST
Sistem PQRST adalah suatu cara yang diperkenalkan oleh EL
Thomas dan Ha
Rabinson dalam buku
mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every
Class". Berikut adalah lima item yang menjadi tunjang sistem ini.
(a) Preview (
mengimbas Tajuk-tajuk Penting )
Dalam item ini
pelajar disarankan agar melihat tajuk utama dalam
sesuatu bab dan seterusnya melihat tajuk-tajuk kecil yang
menjadi rangka
dalam menggambarkan maklumat atau isi penting dalam keseluruhan bab.
(b) Question (
Menyoal )
Daripada rangka
ini, bina soalan yang boleh membantu anda mencari isi
penting. Dengan cara ini anda boleh mengingati sesuatu
dengan lebih jelas.
(c) Read (
Membaca )
Membaca sesuatu
tajuk akan menjadi lebih bermakna kerana setiap ayat
menjawab soalan anda
sendiri dari rangka topik.
(d)
Self-Recitation ( Menyebut Satu Persatu )
Apabila anda sudah membaca, anda perlu mencatat atau melakar
sesuatu
gambarajah berkaitan dengan apa yang difahami. Kemudian baca
isi penting itu
semula tanpa melihat nota
yang telah anda catatkan.
(e) Test ( Ujian
)
Untuk memastikan
anda sudah memahami dan mengingati fakta sebaiknya,
anda perlu membuat penilaian kendiri. Dua cara boleh
dilaksanakan iaitu
melaksanakan ujian-ujian tahun lepas tanpa melihat rujukan dan menggunakan
teknik soal jawab dengan bantuan rakan.
Casinos near Trump International Airport - JtmHub
ReplyDeleteBest of luck, Casinos Near Trump International Airport! Get on board 진주 출장안마 and discover the best and 안양 출장샵 most thrilling 상주 출장샵 entertainment 수원 출장마사지 on 시흥 출장샵 your favorite flight!