Monday, 2 December 2013

ALIH BENTUK KOMUNIKASI(MENUKAR TEKS LINEAR KEPADA BUKAN LINEAR)


Aspek Pemarkahan: (15 Markah)
Pengkelasan Angkubah(PA) 4 markah

Kesuaian Teknik (KT) 4 markah

Ketepatan Isi (KI) 4 markah
Kejelasan (KJ) 3 markah

Pengkelasan Angkubah(PA)

1. Paksi X(mendatar) dan Paksi Y (menegak) dilukis dengan betul dan tepat. Begitu juga ukuran bulatan Carta Pai, diukur dengan tepat.

2. Maklumat angkubah pada paksi mesti tepat seperti unit nilai paksi, label paksi dan unit yang digunakan (RMjuta/kg/orang/Kilowatt dll)

Kesesuaian Teknik (KT)

1. Jenis media hendaklah tepat.Kesalahan media menyebabkan pelajar gagal dalam bahagian ini.

2. Kedudukan media(graf bar/garis/carta) hendaklah seimbang/ditengah kertas graf dan jangan terkeluar daripada kertas graf. Tajuk , Petunjuk, Skala dan Sumber ditulis dengan tepat dan betul.

3. Menggunakan warna /lorekan yang sesuai dan kemas.

 Ketepatan Isi (KI)

Maklumat berikut mestilah lengkap:

1. Label Paksi X dan Paksi Y

2. Unit Paksi

3. Tajuk yang lengkap

4. Petunjuk sama ada warna, lorek atau garisan.

5. Sumber dicatatkan seperti dalam petikan.

6. Data/Maklumat jadual yang ditunjukkan melalui graf/carta

7. Skala / nisbah jejari yang tepat

8. Titik asas (0) di catat pada persilangan paksi X dan Paksi Y

Kejelasan (KJ)                                                                 
Maklumat berikut mestilah KEMAS, BETUL dan JELAS

1. Tajuk Utama

2. Label paksi

3. Petunjuk

4. Skala

5. Sumber

 

JENIS GRAF:

Bentuk-bentuk grafik yang popular dalam peperiksaan:

1.      Graf bar (  kompaun / komponen )

2.      Graf garis (  kompaun / komponen )

3.      Graf gabungan bar dengan garis

4.      Graf piramid / berpasang (  kompaun / komponen )

5.      Carta pai ( tunggal, berbanding atau selinder )

6.      Graf bar memesong atau imbangan

 

KENAL PASTI MEDIA:

No
Kata kunci
Media
1.
bilangan, kuantiti, nilai, pengeluaran peratus @ kadar
Graf bar kompaun / histrogam
 
2.
kumulatif, jumlah
Graf bar komponen
 
3.
peratus perubahan
 
Cara kira peratus perubahan = baru – lama  x 100           
                                                      lama
 
Graf bar memesong / cermin / imbangan
 
4.
umur, jantina, tahun bagi penduduk untuk 2 tahun
Graf  bar yramid
 
5.
Menunjukkan perubahan, aliran, pergerakan, turun naik, pasang surut atau apa-apa keadaan yang menunjukkan pergerakan/turun naik
 
 
Perkataan
JUMLAH : GRAF GARIS KOMPONEN ;
TANPA JUMLAH : GRAF GARIS KOMPAUN
 
6.
Ada dua kehendak soalan dan dihubungkan dengan kata hubung seperti DAN, SERTA
Dalam petikan ada 2 pemboleh ubah berbeza @ unit berbeza
Perlukan 2 jadual @ 1 jadual yang digabungkan
 
GRAF BAR GABUNGAN ( garis  dan graf bar )
 
7.
Menun jukkan perbezaan/perbandingan @ import/eksport bagi satu tahun
CARTA PAI PERBANDINGAN
8.
Menunjukkan pemboleh ubah yang berbeza bagi carta misalnya import/ eksport negara
CARTA PAI BERTINGKAT

 

kata kunci yang dapat membezakan graf bar dengan graf garis, selalunya graf garis mempunyai kata kunci seperti kadar pertumbuhan, pola perubahan, aliran perubahan, indeks harga/saham, turun naik serta graf garis biasanya boleh melibatkan banyak perkara dan melibatkan banyak tahun.

contohnya, jika soalan minta graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan pembuatan antara tahun 2000 hingga tahun 2004. (sekiranya dalam petikan teks terdapat 7 jenis barangan pembuatan, jadi graf yang paling sesuai ialah graf garis). jika soalan ini dibuat dalam graf bar, maka bar yang perlu dilukis terlalu banyak, ia tidak sesuai.

 

jika nak bezakan samada soalan tentang graf kompaun atau komponen, perkataan 'Jumlah' merujuk kepada graf komponen.

 

CONTOH :

 

Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kepanjangan jalan raya mengikut jenis binaan dan bidang kuasa pada tahun 2002 hingga 2004.

 

Calon perlu meneliti apa yang diminta oleh soalan.  Catat satu persatu.

i.                     Kepanjangan jalan raya

ii.                   Jenis binaan

iii.                  Bidang kuasa

iv.                 Tahun 2002, 2003 dan 2004

 

Graf garis atau bar? 

Jika graf garis, garis kompaun atau komponen?

Jika graf bar, bar  kompaun atau komponen?

 

Bar komponen atau kompaun?  Oleh kerana dalam soalan itu tidak terdapat perkataan ‘jumlah’ atau ‘kuantiti’ maka jawaban yang tepat ialah bar kompaun  piramid

 

                             Malaysia: Jarak Panjang Jalan Raya mengikut Jenis Binaan dan

                                               Bidang Kuasa pada Tahun 2002 hingga 2004.

Kerajaan Persekutuan
Kerajaan Negeri
Jalan berturap
(km)
Jalan batu kerikil (km)
Jalan tanah merah (km)
Jalan berturap (km)
Jalan batu kerikil (km)
Jalan tanah merah (km)
2002
14891
2352
2503
41457
11659
5303
2003
15228
2371
2537
44285
13411
5368
2004
15917
2114
2243
43337
15024
5060

                                                                    (sumber: Buku Tahunan Perangkaan Malaysia, 2005)


Contoh soalan 1

 
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perbelanjaan pembangunan Kerajaan  Persekutuan bagi perkhidmatan sosial dan ekonomi pada tahun-tahun yang dinyatakan.

 

Jika begitu soalannya, maka tajuk untuk jadual berkenaan ialah

 

         Malaysia: Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi Perkhidmatan

                        Sosial dan Ekonomi dari Tahun 2001 hingga Tahun 2003.

 

Berdasarkan soalan, graf yang tepat untuk dijadikan media jawaban ialah graf garis kompaun.

 

Contoh soalan 2

 

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah perbelanjaan pembangunan Kerajaan  Persekutuan bagi perkhidmatan sosial dan ekonomi pada tahun-tahun yang dinyatakan.

 

Perhatikan bahawa soalan hampir sama, cuma ditambah perkataan JUMLAH.  Oleh itu tajuk untuk jadual berkenaan ialah

 

           Malaysia: Jumlah Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi Perkhidmatan

                          Sosial dan Ekonomi dari Tahun 2001 hingga Tahun 2003.

 

Oleh itu, berdasarkan soalan kedua, graf yang tepat untuk dijadikan media jawaban ialah graf garis komponen.

 

No comments:

Post a Comment